, ,

Trading Dengan Modal Kecil – Cara Trade Forex Paling Selamat

Rizal Ahmad
DISCLAIMER

Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja.

Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang.

Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sarankan jika anda ingin trade real perlukan modal sekurang-kurangnya $100. Jika tak cukup anda boleh gunakan Cent Account.

Jika anda masih bekerja saya nasihatkan JANGAN BERHENTI KERJA kerana trading ini memakan masa untuk anda berjaya. Cerita trading forex ini bukannya seperti dalam TikTok, Insta dan pelbagai social media yang ada.

Pelbagai lurah dan lembah kita perlu harungi sebelum sampai ke PUNCAK.

Saya bermula sebagai trader semenjak 2011 sehingga sekarang 2024. Pada ketika itu saya masih lagi bekerja dan ketika itu juga saya sangkakan FOREX boleh menjadikan saya kaya dengan cepat. Dengan cerita-cerita hebat dari luar negara trader naik kereta power-power, naik personal flight, naik yacht sambil trade, rumah besar dan sebagainya.

Pada ketika itu untuk belajar forex ini semua dari luar negara. Macam-macam product saya beli termasuklah EA ataupun robot trading. Saya pernah kehilangan sebanyak $700 lebih dalam 3 jam jer. Saya pernah jumpa seorang yang baru pencen dan tengah floating LOSS lebih dari $13,000.00! Dia masukkan semua duit pencennya ke dalam account broker. Dia minta saya tolong recover modal dia sehingga dapat mencecah semula $20,000.00.

Panjang pula saya bercerita 🙂 sekarang mari kita belajar cara trade forex paling selamat tetapi menguntungkan.

Di bawah adalah chart TF Daily. Dalam TF ini kita hanya mencari trend dan candlestick sebelum dan semasa.

Dengan mengetahui trend kita dah boleh set dalam kepala kita yang kita akan mencari position BUY SAHAJA.

Sekarang kita lihat candlestick dengan lebih jelas di TF Daily ini.

Kita lihat candlestick (CS) semasa sedang Bearish tetapi CS sebelumnya telah break Resistance Area dan saya jangkakan ia hanyalah sebagai pullback disebabkan price sebelumnya telah breakout.

Sekarang kita lihat pula pada chart TF H4.

Pada chart di atas kita dapat lihat price sebelumnya telah breakout dan price telah return semula. Ingat konsep breakout.

SETIAP BREAKOUT, PRICE PASTI RETURN SEMULA

Jika anda lihat chart di atas saya tandakan area FVG (Fair Value Gap). Ini disebabkan 3 price berhenti bukan berdasarkan Base sebelum. Teknik ini tinggi sikit. Akan datang saya akan terangkan tentang FVG dan OB (Order Block) kerana pada area ini kebiasaannya Market Maker akan menggunakannya untuk mengutip Liability (stop loss retail trader) sebelum meneruskan pergerakan yang mereka mahukan.

Pada masa ini kita akan mencari Bullish Engulfing sahaja kerana trend sedang Uptrend. Untuk mencari position yang sesuai biasanya saya akan gunakan Fibonacci sebagai penanda aras level mana yang sesuai untuk trade.

Contoh di atas saya telah letakkan position BUY pada engulfing tersebut kerana ia wujud pada level Fibo 0.786.

Mari kita lihat pada chart di bawah.

Saya menggunakan ratio 1:2 dan telah berjaya hit TP.

Untuk trade cara paling selamat anda ke follow syarat-syarat di bawah:

  • TF Daily – Cari Trend semasa
  • TF H4 – Cari Swing High dan Swing Low
  • TF H4 – Gunakan Fibo untuk mencari level
  • TF H4 – Cari Engulfing sahaja

Trend semasa kita telah tahu Uptrend. Jom kita pergi contoh seterusnya.

TF H4 – Cari Swing High dan Swing Low

Saya telah tandakan area Swing High dan Swing Low pada chart.

TF H4 – Gunakan Fibo untuk mencari level

Ok kita telah tandakan Fibo dari Swing High ke Swing Low.

TF H4 – Cari Engulfing sahaja

So, sebagai contoh sekarang saya akan masukkan position BUY.

Saya buka position pada level 0.786. Sebenarnya saya boleh letakkan position pada base tetapi contoh ini saya akan gunakan level Fibo 0.786. dan saya menggunakan ratio 1:2.

JIika anda lihat price telah masuk pada bahagian base dan price telah hit TP.

Rizal Ahmad