Trade Menggunakan Fibonacci

Rizal Ahmad
DISCLAIMER

Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja.

Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang.

Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pada kali ini saya akan ceritakan tentang Fibonacci di dalam trade. Kebiasaannya kita lupa apa itu Fibonacci dan apa pula fungsinya di dalam trading.

Di dalam mana-mana platform forex akan sediakan tool untuk Fibonacci retracement. Fibonacci ialah level EMAS di mana biasanya price membuat pembalikan harga.

Siapa yang cipta Fibonacci ini?

Leonardo Pisano Bigollo (1170 – 1250)juga dikenali sebagai Leonardo of Pisa, Leonardo Pisano, Leonardo Bonacci, Leonardo Fibonacci, atau, paling biasa, hanya Fibonacci, merupakan seorang ahli matematik Itali, dianggap oleh sebahagian orang sebagai “ahli matematik barat paling berbakat pada Zaman Pertengahan.

Kelahiran c. 1170
Meninggal dunia c. 1250 (umur sekitar 80)
Warganegara Itali
Terkenal kerana Nombor Fibonacci
Nombor perdana Fibonacci
Identiti Brahmagupta–Fibonacci
Polinomial Fibonacci
Fibonacci pseudoprime
Perkataan Fibonacci
Reciprocal Fibonacci constant
Pengenalan digital notation ke Eropah
Pisano period
Practical number
Kerjaya saintifik
Bidang Ahli matematik

Sebenarnya bab ini ialah Step 2 selepas bab Kat Area Mana Nak Trade Forex?

Jom kita sambung untuk Step 2 ni.

Perkara pertama kita perlu tandakan Swing High dan Swing Low seperti Step 1 sebelum ni. Lihat chart di bawah.

Jika anda lupa tentang penandaan Swing Point ni boleh rujuk sini Kat Area Mana Nak Trade Forex?

Setelah kita tandakan Swing Point ini kita akan tarik Fibonacci dari kiri ke kanan. Lihat chart di bawah.

Setelah kita tandakan Fibonacci kita akan cari Support and Resistance (Key Level) atau base Supply and Demand di setiap level Fibonacci jika wujud.

Anda lihat chart di bawah yang akan saya tandakan setiap teknik.

Untuk Support and Resistance saya tandakan sebagai Key Level kerana di dalam shadow tersebut mempunyai base di dalam TF yang kecil.

Sekarang kita akan lihat pergerakan price.

Price telah memasuki ke area Key Level dan membentuk Pin Bar iaitu salah satu CRS yang menunjukkan Buyer sedang masuk market. Sekiranya anda lupa berkenaan CRS, anda boleh rujuk di sini Candlestick Reversal Signal (CRS).

Anda boleh masuk position Buy pada close candlestick ini. Saya akan tunggu signal seterusnya.

Kita dapat lihat CRS yang kedua iaitu Bullish Engulfing. Saya ada tandakan penambahan Key Level dan Base. So, kita boleh letakkan position Buy di level 0.236 pada harga $2,406.64 atau kita juga boleh letakkan position pada Base.

Untuk contoh ini saya menggunakan level Fibonacci sebagai entry Buy kita.

Saya buka position dengan SL saya set beberapa pips di bawah base dan TP pula saya menggunakan Ratio 1:2 kerana tiada rujukan price sebelumnya.

Sekarang mari kita lihat pergerakan price seterusnya.

Akhirnya price telah hit TP yang telah kita setkan.

Ingat kita trade dengan ILMU bukan dengan INDICATOR HATI!

Sebab itu saya sering katakan FOREX bukan untuk semua orang. Ia tidak sesuai untuk yang KAKI JUDI. Rasa nak teka-teka baik beratur kat kedai TOTO, teka nombor apa yang akan keluar.

Terus terang saya katakan dengan step-step ini banyak membantu saya mendapatkan PROFIT.

Rizal Ahmad