Candlestick Reversal Signal (CRS) – Ilham Trader Network

Candlestick Reversal Signal (CRS) – Ilham Trader Network

Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak cerita tentang Candlestick Reversal Signal (CRS).

Candlestick Reversal Signal (CRS) ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

  • Single CRS
  • Dual CRS
  • Triple CRS

Ok, sekarang jom kita kupas satu persatu.

Single CRS

Single CRS atau Single Candlestick Reversal Signal (CRS) ni ia merupakan 1 pattern candlestick sahaja yang mungkin akan membuatkan market reversal. Pattern tersebut ialah:

  1. Hammer Candlestick
  2. Hanging Man Candlestick
  3. Inverted Hammer Candlestick
  4. Shooting Star Candlestick

Hammer Candlestick

Hammer CRS ni ia membentuk macam tukul sebab tu dipanggil Hammer. Biasanya ia terbentuk di bahagian Bawah.Cuba lihat bentuknya di bawah

Apabila pattern Hammer ni terbentuk ia kemungkinan akan merubah trend pergerakan. Sekarang jom kita lihat CRS Hammer ni dalam chart.

Sekarang kita pergi single CRS yang kedua iaitu Hanging Man Candlestick.

Hanging Man Candlestick

Hanging Man Candlestick ni berbentuk seperti orang tergantung memang kena dengan maknanya. Ia seperti Hammer Candlestick tetapi Hanging Man ni body candlestick berwarna Merah kebiasaannya ia muncul di atas. Kemungkinan pertukaran trend akan berlaku.

Jom kita lihat rupabentuk Hanging Man ni macamana.

So jom kita lihat bagaimana ru pa bentuknya di dalam chart ye

Sekarang kita pergi bentuk yang ketiga iaitu Inverted Hammer Candlestick.

Inverted Hammer Candlestick

Ia bentuk seperti Hammer Candlestick cuma ia terbalik ke bawah. Biasanya ia muncul pada bahagian bawah dan kemungkinan perubahan arah mungkin berlaku. Ni bentuk Inverted Hammer Candlestick.

Body Inverted Hammer Candlestic berwarna Biru/Hijau (depend on your setup). Sekarang kita lihat bentuknya di chart.

Sekang kita pergi yang keempat pula iaitu Shooting Star Candlestick.

Shooting Star Candlestick

Shooting Star Candlestick ialah CRS yang berbentuk seperti bintang jatuh. Biasanya ia wujud pada bahagian atas dan body berwarna Merah. Rilek jangan penig-pning kom kita lihat ilustrasi di bawah

Sekarang jom kita lihat bagaimana bentuknya di chart.

Jom kita lihat video penerangan di bawah.

Sekarang ke ke Dual CRS pula.

2 Comments

Comments are closed