Perubahan Trend – Macamana Nak Kesan?

Rizal Ahmad Avatar

Ok bab ini termasuk dalam Market Structure. Sebelum ini kita telah belajar tentang Uptrend dan Downtrend. Jika masih belum tahu tentang Uptrend dan Downtrend anda boleh KLIK Di SINI.

Apa maksud perubahan trend?…maksud perubahan trend ialah perubahan trend dari Uptrend ke Downtrend dan juga perubahan trend dari Downtrend ke Uptrend.

Nampak simple kan ilustrasi ni..alangkah indahnya jika market mudah sebegini.

Berdasarkan pengalaman saya terdapat 2 signal perubahan trend iaitu:

  • Signal Normal Perubahan Trend
  • Sideways

Kita pergi satu persatu penerangan setiap signal perubahan trend ni.

Signal Normal Perubahan Trend

Signal normal perubahan trend ni terdapat 3 syarat iaitu:

  • Signal Pertama
  • Signal Kedua
  • Confirmation

1. Signal Pertama

Signal pertama apabila trend telah break Lower High (LH) sebelum (downtrend ke uptrend) atau trend telah break Higher Low (HL) sebelum (uptrend ke downtrend). Pening kan?…takpe rilek. Jom tengok ilustrasi di bawah. Downtrend ke Uptrend.

Di bawah pula ilustrasi dari Uptrend ke Downtrend.

2. Signal Kedua

Signal kedua ni pula ialah pergerakan retracement yang berlaku. Lihat ilustrasi di bawah.

Downtrend bertukar ke Uptrend

Uptrend bertukar ke Downtrend

Seterusnya kita ke syarat yang ketiga.

3. Confirmation

Syarat ni yang menetapkan perubahan trend telah confirm berlaku, Lihat ilustrasi di bawah.

Downtrend bertukar ke Uptrend

Market telah mencipta Higher Low (HL) terbaru menandakan syarat Uptrend terwujud.

Uptrend bertukar ke Downtrend

Market ni pun telah mencipta Lower High (LH) terbaru menandakan syarat Downtrend sudah terwujud.

Ok, mungkin ada yang faham dan ada yang pening kan? Takpe, seperti biasa saya akan sertakan dengan video bagi menambahkan lagi pemahaman anda.

Ok sekarang kita pergi ke signal perubahan trend yang kedua iaitu:

Sideways

Kebiasaannya trend akan berubah apabila Sideways trend terbentuk. Apa itu Sideways? Anda boleh KLIK DI SINI untuk sesiapa yang terlepas tentang trend di dalam market structure.

Takpe jom kita recap sedikit bagaimana bentuk side Sideways ni. Di bawah ilustrasi Sideways.

Dan ini pula bentuk Sideways di dalam chart.

Ok sekarang jom kita lihat macamana dalam chart Sideways ini terbentuk dan membuat perubahan trend.

Uptrend Sideways Downtrend

Downtrend Sideways Uptrend

Ok, sekarang jom kita lihat video penerangan di bawah berkenaan perubahan arah dengan signal Sideways.

Rizal Ahmad Avatar

More Articles & Posts