Market Structure – Jenis Trend Di Dalam Chart

Rizal Ahmad Avatar

Di dalam market structure kita perlu kenal trend yang terjadi di dalam chart. Tujuan kita kenal trend adalah memudahkan untuk kita target position samada Buy atau Sell.

Trend ni terbahagi kepada 3 bahagian:

  • Uptrend
  • Downtrend
  • Sideways/Ranging

Kita pergi satu persatu ye…

Uptrend

Uptrend ialah trend yang menghala ke atas. Ia menunjukkan buyer sedang menguasai market. Dalam setiap trend ia mesti akan melakukan Retracement. Retracement ialah waktu berehat seketika sebelum price meneruskan perjalanan ke atas.

Jom kita tengok screenshot di bawah.

Nampak mudahkan? Sekarang kita lihat di chart pula.

Ok sekarang kita masuk pula trend yang kedua iaitu:

Downtrend

Downtrend pula ialah trend yang menghala ke bawah. Trend ini pula menunjukkan Seller sedang menguasai market. Downtrend ini memberi kita untuk bersedia buka position Sell sahaja. Setiap pergerakan dua-dua trend ini pasti akan terjadi retracement. Kebiasaannya kita akan letak position pada setiap retracement yang berakhir.

Sekaran jom kita lihat ilustrasi di bawah.

Jom kita lihat di chart pula bagaimana rupa bentuk Downtrend ini.

Sideway/Ranging

Sideway atau Ranging pula ialah pergerakan yang tidak menunjukkan price akan Uptrend atau Downtrend. Ia adalah pergerakan yang sekata. Tidak memecahkan Resistance mahupun Support. Mungkin kita pening sikit kan? Lihat ilustrasi di bawah.

Ok, agak-agak faham tak market Sideway/Ranging ni? Jom kita lihat di chart pula.

Biasanya Sideway atau Ranging ni berlaku ketika market ingin mengubah trend dari Downtrend ke Uptrend dan juga dari Uptrend ke Downtrend. Tempat yang paling banyak Stop Loss area ni.

Jom tengok penerangan dalam video pulak. Sorry suara putus-putus. Mic problem, baru order kat Shopee. Sorry ye..

Rizal Ahmad Avatar

2 responses to “Market Structure – Jenis Trend Di Dalam Chart”

  1. […] Market Structure – Jenis Trend Di Dalam Chart […]

  2. […] Market Structure – Jenis Trend Di Dalam Chart […]