Apa Itu Candlestick?

Rizal Ahmad Avatar

Sebelum kita teruskan ke pembelajaran mengenai Candlestick, jom kita kenal dulu siapa pencipta candlestick ni.

Pencipta candlestick ini berasal daripada negara Jepun bernama Munehisa Homma atau pun dikenali sebagai Sokyu Homma lahir pada tahun 1724 hingga kematian beliau pada 1803. Beliau seorang pedagang beras yang terkenal di Jepun ketika itu. Selain dari pedagang ataupu trader, beliau juga seorang penasihat kewangan yang penting kepada kerajaan Jepun sehingga telah dikurniakan pangkat Samurai.

Ok, cukuplah strarting ni. Di bawah adalah candlestick pattern pada zaman tersebut.

Jom kita kenali candlestick pattern pada candlestick chart. Di bawah adalah gambarajah candlestick.

  • Bullish Candlestick : Ialah candlestick yang bergerak ke aras atas. Maksud candlestick ini ialah Buyer telah menguasai market. Candlestick ini memudahkan kita faham di mana price dibuka (Open) dan di mana price dututuo (Close). Untuk High dan Low ataupun dikenali sebagai Shadow adalah sejarah pergerakan candlestick sebelum Close.
  • Bearish Candlestick : Ialah candlestick yang bergerak ke bawah. Maksud bearish candlestick ini menunjukkan Seller sedang menguasai market. Seperti Bullish Candlestick, Bearish Candlestick ini juga mempunyai signal di mana price dibuka (Open) dan di mana price ditutup (Close). Begitu juga High dan Low adalah sejarah pergerakan price sebelum Close.

Berikut adalah pengenalan serba sedikit tentang Candlestick. Untuk lebih detail saya akan ceritakan di dalam bahagian Intermediate nanti ye.

Rizal Ahmad Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More Articles & Posts