Kenapa Kita Perlu Gunakan Candlestick Chart?

Rizal Ahmad
DISCLAIMER

Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja.

Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang.

Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku.

Dalam Metatrader 4, terdapat 3 chart yang kita boleh kita gunakan iaitu

  • Bar Chart : Bar Chart membentuk diagram batang yang menunjukkan Open (harga buka), High (harga tertinggi). Low (harga terendah) dan Close (harga tutup). Walaupun Bar Chart menunjukkan detail harga tapi ramai trader tidak menggunakan chart ni.
  • Line Chart : Chart ni hanya menunjukkan line pada harga tutup sahaja. Tak banyak detail yang boleh kita gunakan tetapi dalam teknikal analisis kita akan menggunakan chart ini untuk melihat kedudukan support dan resistance dengan lebih jelas.
  • Candlestick Chart : Ramai trader menggunakan candlestick chart ini dalam trading mereka. Candlestick chart ini menunjukkan detail yang lebih jelas dan mudah dibaca.

Dalam pembelajaran di dalam Ilham Trader Network ni kita akan gunakan Candlestick Chart sahaja. Walaubagaimanapun kita juga akan gunakan Line Chart untuk mencari support resistance yang lebih jelas.

Rizal Ahmad

More Articles & Posts