Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Saya rasa lama dah saya tak update blog ni sebab sebelum puasa saya ada projek sikit dalam menghasilkan buku in English untuk dijual di Amazon. Alhamdulillah sebelum raya baru ni dah live di Amazon.

Tajuk buku ni ialah ‘The Supply and Demand Profit System’. Jika anda berminat boleh serach di Amazon tajuk ni.
Sekarang jom kita teruskan pembelajaran tajuk ini ‘Macamana Nak Trade Dengan Candlestick Reversal Signal (CRS)’.
Di dalam chart kita akan banyak jumpa CRS (boleh baca tentang CRS DI SINI) ini tetapi bagaimana kita nak tahu yang CRS ini valid untuk trade atau tak kan? Sekarang mari kita lihat chart di bawah.

Kita dapat lihat terlalu banyak CRS yang wujud dalam chart di atas. Untuk trade CRS ini kita perlu guna step-step yang pernah saya terangkan sebelum ini di dalam category ‘Before to Trade‘. So sekarang mari kita lihat cara trade CRS ini. Lihat chart di bawah.

Pertama sekali kita perlu PASTIKAN TREND terlebih dahulu kemudian baru kita tandakan tempat area untuk kita trade. Kita dapat lihat CRS ‘Hammer’ wujud di dalam chart di atas.

Ini adalah kawasan yang akan kita trade, Sekarang kita terus ke Step yang kedua.

Kita masukkan Fibonacci untuk melihat di level mana CRS ini wujud. Kita dapat lihat ia wujud pada level 0.5 dan 0.682.

Setelah itu kita masukkan simple SMC di dalam chart. pada chart di atas saya tandakan BoS (Break of Structure) untuk sebagai confirmation trend adalah uptrend. Adakah kita boleh terus masukkan position?

Belum lagi…kita kena pastikan CRS wujud pada key level yang ada di level fibonacci. Contoh di atas, saya telah masukkan Demand Zone dan Resistance Area. Price telah membuat reaction apabila memasuki Demand Zone. Price juga membuat reaction apabila memasuki Resistance Area. Dengan key level ini menambahkan confirmation untuk kita masuk trade menggunakan CRS ini.

Kita masuk position Buy pada level close candlestick. SL kita letakkan beberapa pips di bawah shadow candlestick dan TP skita gunakan ratio 1:2.

Lihat hasilnya denga ratio 1:2 kita telah mendapat profit sebanyak 233.5 pips. Contoh chart di atas ialah pair XAUUSD. Sekiranya anda mebuka lot 0.01, anda berjaya mendapat profit sebanyak $23.35! dengan sekali trade.
Sekiranya anda terlepas dengan CRS Hammer ini, anda boleh juga trade dengan CRS Engulfing tetapi position agak sedikit tinggi. Jom kita lihat sekiranya kita menggunakan teknik CRS Engulfing pada chart yang sama.

Position Buy kita letakkan pada Support Area dengan SL beberapa pips di bawah Shadow Hammer dan TP kita gunakan ratio 1:2. Sekarang mari kita lihat hasilnya.

Anda berjaya mendapat profit sebanyak 358.2 pips atau bersamaan dengan $35.82! Hebatkan teknik ini.
Sekiranya anda mahir menggunakan step-step dalam How to Trade (KLIK SINI), saya percaya anda akan mendapat mencapai profit. Step-step ini biasa saya guna dalam trading.
Download ebook CARA TRADE SUPPORT AND RESISTANCE di bawah secara PERCUMA di bawah.