Scalping Power – Strategi Paling Menguntungkan 2025

Rizal Ahmad Avatar

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya.

Rakyat Malaysia yang baru atau sudah lama terlibat dalam trading forex memang ramai yang suka belajar tentang scalping. Konsep Scalping ni dalam category HIGH RISK HIGH RETURN.

Kebiasaannya ramai yang menggunakan indicator, support and resistance, supply and demand dan macam-macam lagi.

Bagi saya sebagai naked trader saya trade menggunakan support and resistance dan supply and demand. Jadi untuk trade scalping kali ini saya akan ajar anda cara scalp menggunakan base breakout sahaja. Lihat contoh base di bawah.

Teknik ni kita panggil ENGULFING STRATEGY. Sebelum kita masuk cara scalping ni, beberapa syarat kena ambil perhatian sebelum masuk position.

  • Pastikan arah trend semasa – Untuk perubahan trend anda boleh baca DI SINI.
  • Analisis untuk mencari engulfing pada time frame H4.
  • Tandakan Base area seperti di dalam ilustration.
  • Untuk confirmation pastikan pergerakan candlestick sebelumnya.
  • Pastikan Base telah break dan candlestick engulfing close telebih dahulu.
  • Perhatikan support and resistance atau supply and demand sebelumnya.
  • Scalping pada time frame 15

Sebelum tu kita recap dulu bagaimana nak kenal base ni. Base ini kita bahagi kepada 2 iaitu:

  • Continuation
  • Reversal

Lihat ilustrasi di bawah.

Sebenarnya saya ada terangkan tentang base sebelum ni. Anda boleh KLIK SINI untuk lihat post tentang engulfing Supply and Demand ni.

Jom sekarang kita lihat engulfing ni di dalam chart.

Di atas adalah chart pada time frame H4. Kita dapat lihat kewujudan Bearish Engulfing.

Kita tandakan Base area dan lihat pergerakan sebelumnya, 3 bearish candlestick yang menelan 12 candlestick sebelumnya. Ini menandakan kekuatan bearish dan mungkin perubahan trend atau retracement berlaku.

Sekarang kita tandakan Support and Resistance sebelum engulfing untuk kita letak position.

Pada chart di atas saya letakkan 2 position sell di area support dan juga di area resistance. Stop loss saya ambil beberapa pips di atas Base area dan take profit saya ambil pada support area sebelum di bawahnya.

Ini adalah position di dalam time frame H4.

Sekarang kita buka pula time frame 15 minit atau M15. Kita cari lagi position jika price berdekatan pada area support dan resistance di atasnya.

Rejection pertama telah berlaku di area support.

Kita tandakan resistance area yang baru di time frame 15 minit untuk kita letakkan stop loss. Anda juga boleh menggunakan atas base sebagai stop loss tapi untuk scalping kita gunakan support and resistance pada time frame 15 minit sahaja.

Sekarang kita buka position Sell pada level close candlestick. Stop loss kita letakkan beberapa pips di atas resistance area dan take profit kita gunakan level area position yang telh saya buka di taime frame H4.

Terdapat lagi satu rejection pada support area. Masukkan position sell lagi pada close candlestick. Stop loss dan take profit kita gunakan pada level yang sama.

Rejection sekali lagi berlaku. Kita boleh buka position pada level close candlestick, Stop loss dan take profit masih sama.

Sekali lagi rejection berlaku. Masukkan position sell dengan stop loss dan take profit yang sama.

Akhirnya semua position kita telah hit take profit. Mari kita lihat chart keseluruhan time frame 15 minit ni.

Dari mula position yang kita masukkan sehingga hi take profit kita. Sekarang kita lihat di time frame H4 pula.

Saya jarang scalping ni. Biasanya dalam setahun 2-3 kali sahaja.

Sekarang jom kita kira berapa profit yang dapat. Ini pair XAUUSD dan kita andaikan kita menggunakan lot 0.01. Lihat pengiraan di bawah.

Position pertama – $22.97
Position kedua – $18.71
Position ketiga – $20.48
Position keempat – $19.06
Position kelima – $16.70
Position keenam – $15.05

So total sebanyak $112.97

Untuk contoh yang lain saya akan terangkan di dalam video di bawah. Sebelum itu anda boleh download ebook CARA TRADE SUPPORT AND RESISTANCE di bawah video ini secara PERCUMA.

Tagged in :

Rizal Ahmad Avatar

More Articles & Posts