| DISCLAIMER Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja. Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang. Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku. |
Sebelum kita masuk cara untuk trade menggunakan teknik Support and Resistance kita perlu belajar tentang Resistance Become Support (RBS) dan Support Become Resistance (SBR) ni terlebih dahulu.
Ia berkait rapat tentang pergerakan price yang terdahulu. So jom kita lihat satu persatu penerangannya.
- Resistance Become Support (RBS)
- Support Become Resistance (SBR)
Resistance Become Support (RBS)
Pada pergerakan price yang berlaku sebelumnya ia telah membentuk Resistance. Kemudian price telah menembusi Resistance tersebut dan retrace ke bawah arah zone Resistance terdahulu dan kemudian price meneruskan kenaikan dan telah membentuk Support di area Resistance terdahulu.
Support Become Resistance (SBR)
Begitu juga Support Become Resistance (SBR) ni. Pergerakan price sebelumnya telah membentuk Support kemudian ia break area Support tersebut dan kembali naik ke arah area zone Support terdahulu. Kemudian ia meneruskan penurunan dan membentuk Resistance.
Mesti peningkan? Hahahaha…takpe kita lihat ilustrasi di bawah untuk memudahkan pemahaman anda.

Bagaimana pula kita nak kesan Resistance Become Support (RBS) dan Support Become Resistance (SBR) di chart. Anda boleh lihat screenshot di bawah.






2 responses to “Resistance Become Support (RBS) dan Support Become Resistance (SBR)”
[…] Resistance Become Support (RBS) dan Support Become Resistance (SBR) […]
[…] Support (RBS) dan Support Become Resistance (SBR). JIka anda lupa tentang topik ini anda boleh KLIK LINK […]