Your cart is currently empty!
Macamana Nak Trade Forex? Cara Saya Trade (Daily)
Share with
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Ramai yang dah tahu asas forex ni. Contoh seperti asas Support and Resistance, Supply and Demand, market structure, trendline dan sebagainya.
Tapi yang menjadi masalah ialah macamana nak trade forex guna ilmu-ilmu ni?
Sebenarnya dalam cara trade ni bergantung atas kesesuaian masa dan kefahaman yang mendalam dalam sesuatu bab. Sebagai contoh saya sering trade menggunakan Supply and Demand, trendline, signal pattern, CRS, Fibo dan sedikit asas mengenal perubahan trend.
Mesti pening kan? Tak mengapa kalau anda lebih selesa dengan Support and Resistance pun anda boleh dah menjana pendapatan.
Dalam post ini saya akan ceritakan bagaimana cara saya trade. Dalam contoh ni saya gunakan pair XAUUSD. Anda boleh menggunakan teknik ni untuk pair-pair yang lain.
Syarat-syarat (SOP) untuk teknik ni:
- Pastikan trend pada Time Frame (TF) Daily
- Lukis trendline
- Buka TF H4
- Cari Engulfing (bullish/bearish)
- Tandakan zone base
- Gunakan Fibo untuk cari zone entry
Pastikan trend pada Time Frame (TF) Daily
Pada bahagian ini kita mencari trend semasa. Di dalam TF ini kita juga boleh mengenalpasti perubahan trend yang berlaku. Sekarang anda lihat screenchot di bawah
Anda dapat lihat saya telah menandakan 3 line untuk mengenal perubahan trend. Asal trend sebelum ialah downtrend dan pergerakan market setelah itu telah break highest line dan telah membentuk Hongher Low (HL) baru, menandakan perubahan trend akan berlaku.
Setelah kita pastikan perubahan trend dari downtrend ke uptrend, kita dapat setkan kita hanya akan mencari position BUY SAHAJA.
Macamana kalau tiada tanda perubahan trend? – Kalau tiada tanda perubahan trend kita hanya gunakan trend yang sedia ada.
Jom kita sambung pada screenshot yang sama di bawah.
Sekiranya wujud engulfing dalam TF Daily ini kita pun dah boleh trade sebenarnya. Jangan sesekali tinggal peluang.
Sebab signal pertama perubahan trend tadi dah berlaku. So kita akan terus buat keputusan untuk meletakkan position BUY.
Cara untuk meletakkan position BUY.
1. Tandakan base yang telah di pecahkan.
Dalam screenshot di bawah saya telah tandakan 2 box yang menunjukkan Base 1 (keseluruhan base) dan Base 2 (body base).
2. Gunakan Fibonacci untuk cari tempat di mana untuk kita trade.
Kita akan tandakan Fibo dari shadow bawah base ke shadow paling tinggi di engulfing.
Jika kita lihat level Fibo di atas, dengan jelas kita dapat lihat Level 0.618 berada dalam Base 1. Kebiasaannya price akan react pada Level 0.618 tetapi ia bukan level yang selalu price react.
Anda kena perhatikan juga level 0.382 dan 0.50 juga di mana zone base berada.
Jika kita lihat dalam screenshot di bawah kita kena pertimbangkan zone Level 0.382 dan juga 0.50 kerana terdapat Swap Zone di area tersebut kerana price telah break Supply Zone tersebut dan kemungkinan ia akan jadi Demand Zone.
Jadi kita kena pertimbangkan level 0.382 dan level 0.50 untuk masuk position.
Kebiasaannya saya akan buka 2 position setiap trade jika berdasarkan level Fibo. Saya biasanya akan masuk pada level 0.618 dan level 0.382.
Di atas saya dah masukkan 2 position iaitu di level 0.618 dan 0.382 di mana saya menggunakan ratio 1:2.
Sekarang kita lihat pergerakan price seterusnya.
Price telah hit position di level 0.382 dan sekarang mari kita lihat pergerakan price seterusnya.
Jika dilihat dari pergerakan price di atas, ia tidak mencecah level 0.618. Position hanya trigger pada level 0.382 dan telah mencapai TP. Sekiranya saya menggunakan lot 0.01 dengan mudah untuk ita mendapat profit sebanyak $79.74!
MAKLUMAN: Untuk position di atas jika Engulfing wujud di TF Daily sahaja. Jika ia wujud maka rezeki untuk kita masuk position.
Untuk trade di TF H4 saya akan post kemudian kerana jika saya letakkan di dalam post ni mungkin akan terlalu panjang. So, kita sambung dalam post berikutnya.
Tagged in :
One response to “Macamana Nak Trade Forex? Cara Saya Trade (Daily)”
[…] Ok sekarang kita sambung post yang sebelum ini iaitu Macamana Nak Trade Forex? Cara Saya Trade (Daily). […]