Pengenalan Supply and Demand

Rizal Ahmad Avatar

Di sini saya akan ceritakan serba sedikit pengenalan Supply and Demand ni.

Konsep Supply and Demand ni ialah konsep ekonomi yang telah dipopularkan oleh Adam Smith pada tahun 1776. Prinsipnya amat efektif untuk mengetahui pergerakan market.

Adam Smith 1776

Cukuplah kot sejarah pengenalan Supply and Demand ni . Kalau ada yang nak tahu lebih boleh klik nama Adam Smith di atas ye.

Sekarang kita teruskan penerangan yang detail sikit. Di bawah ilustasi Supply and Demand dan Equilibrium.

Demand

Demand lebih berkait rapat pada pandangan mata pengguna (consumer). Permintaan pengguna akan berkurang jika sesuatu barang harganya meningkat.

Kita buat contoh minyak masak. Dulu minyak masak 5kg berharga RM40 – RM50 sebotol. Oleh kerana harganya meningkat permintaan pengguna pada minyak masak 5kg semakin berkurangan. Sekarang harga minyak masak 5kg dalam RM27 – RM30 sebotol, so pengguna ada kemampuan. Sekiranya harga minyak 5kg RM50,000 itu termasuk dalam barang mewah. Harga mintak 5kg RM27 – RM30 sebotol adalah harga base.

Supply

Supply pula ialah hubung kait antara harga dan bekalan dari perspektif mata pengeluar dari pada refleks reaksi pengguna. Apabila harga produk meningkat meningkat, pengeluar akan hasilkan produk yang lebih banyak untuk mengaut keuntungan besar..

Contoh, sekiranya modal minyak masak 5kg berharga RM50 dan harga jualan pula RM50 dan kebawah, pengeluar tidak dapat menghasilkan keuntungan dari jualan minyak masak tersebut. Harga ditentukan rekasi pasaran. Pengeluar hanya sebagai penerima harga daripasa reaksi pasaran tersebut.

Equilibrium

Equilibrium ialah keseimbangan harga. Pengguna kebiasaannya akan mencari kos yang rendah manakala pengeluar pula mengeluarkan produk dengan harga yang lebih tinggi. Apabila harga tidak munasabah pengguna akan kurang kemampuan dan beralih ke pengeluar lain.

Harga keseimbangan perlu dicapai dari kedua-dua pihak pengeluar dan pengguna untuk memberi manfaat kepada perniagaan berterusan. Harga yang seimbang akan mencapai kegunaan maksimum di antara pengeluar dan pengguna.

Pening kan? Ringkasnya dalam forex macam ni je:

Demand : Uptrend
Supply : Downtrend
Equilibrium : Sideways

Rizal Ahmad Avatar

More Articles & Posts