Candlestick Reversal Signal (CRS) – Ilham Trader Network

Rizal Ahmad Avatar

Hari ni kita sambung lagi dalam bab Candlestick Reversal Signal (CRS). Dalam post ni saya akan terangkan tentang Triple CRS pula ye.

Dalam ni saya akan terangkan 4 jenis Triple CRS iaitu:

  • Three White Soldiers
  • Three Black Crows
  • Three Inside Up
  • Three Inside Down

Jom kita terus kepada penerangan setiap jenis Triple CRS ni.

Three White Soldiers

Three White Soldiers ialah pattern yang terbentuk dari 3 candlestick Bullish. Kebiasaannya ia wujud ketika market sedang downtrend dan ia menandakan perubahan trend mungkin akan berlaku,

Three White Soldiers dikira valid jika candlestick yang kedua lebih besar dari yang pertama. Jom kita lihat ilustrasi di bawah.

Kebiasaannya candlestick yang keempat akan terjadi small bearish candlestick. Jom kita lihatnya di chart.

Three Black Crows

Three Black Crows pula ia berlawanan dengan Three White Soldiers. Ia terbentuk dari 3 bearish candlestick dan kebiasaannya ia wujud ketika uptrend dan menandakan pertukaran arah mungkin akan berlaku, Sekarang kita lihat ilustrasi di bawah.

Candlestick yang kedua perlu besar dari yang pertama bagi menjadikan Three Black Crows ni valid. Bagaimana rupanya di chart?

Three Inside Up

Formasi Three Inside Up ni kita perlu ambil perhatian. Kebiasaannya ia wujud menandakan perubahan arah market mungkin akan berlaku.

Kewujudan 3 candlestick ni menunjukkan kemungkinan downtrend berakhir dan akan berubah ke uptrend.

Biasanya ia wujud di bawah trend sedang downtrend. Ia terbentuk dari bearish candlestick yang panjang. kemudian bullish candlestick wujud separuh dari bearish candlestick sebelahnya.

Candlestick kedua mesti close melebihi shadow bearish candlestick yang pertama. Lihat Three Inside Up terbentuk di chart pula.

Three Inside Down

Three Inside Down kebiasaanya dijumpai di bahagian atas market uptrend. Ia menandakan market uptrend mungkin akan berakhir.

Sifat Three Inside Down, candlestick pertama mestillah bullish candlestick dan candlestick kedua bearish separuh dari pada bullish candlestick di sebelahnya.

Candlestick ketiga mestilah bearish dan melepasi shadow bullish candlestick yang pertaman tadi. Jom kita lihat di chart.

Kita sambung penerangan di dalam video pula.

Rizal Ahmad Avatar

One response to “Candlestick Reversal Signal (CRS) – Ilham Trader Network”

  1. […] KayaDenganForex, PeluangForexAnda, Percuma! Panduan Asas Forex, RahsiaProfitForex Previous Next Rizal Ahmad Bermula trade semenjak 2011. Pelbagai teknik yang akan saya kongsikan di sini. […]

More Articles & Posts