,

Rahsia Scalping XAUUSD! Cuma Guna Engulfing & Pin Bar Je!

Rizal Ahmad Avatar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ni saya nak kongsikan Rahsia Scalping XAUUSD dengan hanya menggunakan Engulfing dan Pin Bar je.

Siapa kata Scalping ni SUSAH? Saya dah banyak kali menggunakan teknik ini samada untuk Scalping atau untuk Intraday/Swing. Saya gunakan teknik ni untuk ‘Beli di Akar dan Jual di Pucuk’.

Tapi pada post ini saya hanya ceritakan tentang SCALPING SAHAJA.

Teknik ini bukan sahaja untuk XAUUSD sahaja, ia boleh digunakan pada semua pair. Kebiasaannya saya gunakan pada pair XAUUSD dan GBPJPY.

Beberapa SYARAT yang perlu dipatuhi dalam menggunakan teknik ini.

  • Mempunyai asas pergerakan trend semasa
  • Gunakan Time Frame M15 sahaja
  • Lihat Pembentukan Engulfing (Bullish/Bearish) atau Pin Bar (boleh rujuk di SINI)
  • Tandakan Base & Engulfing Area atau tandakan Base & Pin Bar Area
  • Ia gunakan teknik ‘Base, Break, Return & Entry atau Base, Break & Entry)

Sekarang mari kita lihat chart di bawah.

Buy -Engulfing

Dalam chart di atas secara langsung kita dapat lihat market sedang downtrend kan? Tapi saya telah tandakan trenline yang bewarna Merah di bawah, iaitu trendline di Daily. Major trend adalah uptrend.

Kita dapat lihat Bullish Engulfing telah berlaku. Kita tandakan area Base dan juga area Engulfing. Ingat ye kita gunakan teknik ‘Base, Break, Return & Entry atau Base, Break & Entry).

Setelah kita tandakan Base dan juga Engulfing, kita akan masukkan position kita. Contoh di atas saya masukkan 2 position. Position pertama TP pada Resistance berhampiran dan position kedua pula saya setkan TP pada Resistance di atas kerana ia berada di area base. SL pula saya letakkan beberapa pips di bawah area Base.

Dalam contoh ini saya menggunakan teknik Base, Break, Return & Entry.

Price telah hit kedua-dua TP. Profit untuk position pertama 5.26 pips dan position kedua pula 9.80 pips. Jumlah pips ialah 15.06 PIPS!

Sell -Engulfing

Dalam chart di atas Bearish Engulfing telah muncul di area Base. Trend semasa adalah Downtrend.

Saya tandakan area Base dan juga area Engulfing.

Untuk position ini saya letakkan2 psoition juga iaitu position pertama pada Base dan position kedua pada Engulfing. TP saya setkan separuh dari Support area dan TP pula beberapa pips di atas area Engulfing.

Dalam contoh ini saya menggunakan teknik Base, Break & Entry.

Kita dapat lihat price tak trigger pada psotion pertama saya iaitu pada Bese, sebaliknya price telah trigger position kedua iaitu pada area Engulfing.

TP yang diperolehi sebanyak 10.19 PIPS!

Buy – Pin Bar

Pada chart di atas kita dapat lihat kewujudan Pin Bar berhampiran dengan Major trend Daily iaitu uptrend.

Kita tandakan area Base dan juga area Pin Bar.

Pada chart di atas saya buka 2 position juga iaitu position Buy pada Base dan juga pada area atas pin Bar.

TP saya letakkan pada area Resistance yang berhampiran dan SL beberapa pips di bawah area Pin Bar.

Dalam contoh ini pula saya menggunakan teknik Base, Break, Return & Entry dan juga teknik Base, Break & Entry.

Price telah trigger kedua-dua position yang telah kita set dan hit TP kita. Untuk TP pertama sebanyak 6.41 pips dan TP kedua 7.18 pips.

Jumlah kesemuanya ialah 13.59 PIPS!

Sekarang mari kita lihat video di bawah.

Rizal Ahmad Avatar