Your cart is currently empty!
Candlestick Reversal Signal (CRS) – Ilham Trader Network
Share with
Ok kita sambung lagi. Dalam bab ni saya akan terangkan Dual Candlestick Reversal Signal (CRS).
Kalau tanya saya yang mana lebih baik Single CRS atau Dual CRS, sudah tentunya Dual CRS. Dalam Dual CRS ni terbahagi kepada 4 juga iaitu:
- Bullish Engulfing
- Bearish Engulfing
- Tweezer Tops
- Tweezer Bottoms
Jom kita pergi satu persatu.
Bullish Engulfing
Ialah candlestick Biru/Hijau lebih besar dan mengatasi shadow candlestick Merah di sebelah kirinya. Ia menunjukkan kekuatan Buyer sedang mengatasi Seller. Jom lihat bentuknya.
Anda dapat lihat dengan jelas kekuatan Buyer telah mengatsai Seller sebelumnya. Kebiasaanya saya akan gunakan CRS jenis ini untuk saya enter position Buy. Nanti saya akan cerita caranya. It’s not just simply Buy if engulfing created. Biasanya setelah habis satu bab saya akan ajarkan macamana nak trade. So, jangan risau ye..
Jom kita lihat Bullish Engulfing ni di chart.
Bearish Engulfing
Ia lebih kurang dengan Bullish Engulfing tetapi Bearish Engulfing ialah kekuatan Seller mengatasi kekuatan Buyer sebelah kirinya. Jom lihat ilustrasi di bawah.
Sekarang kita lihat bagaimana rupa CRS ni di chart.
Biasanya sekiranya Engulfing ni terbentuk ia amat hebat pergerakannya. Sebab tu saya selalu enter position sekiranya ia bertepatan dengan range yang saya inginkan.
Tweezer Tops
Tweezer Tops ialah 2 candlestick yang shadow di antara keduanya lebih kurang sama. Ia berada di bahagian atas sebelum pertukaran arah berlaku. Lihat ilustrasi di bawah.
Sekarang kita lihat pula Tweezer Tops di dalam chart.
Tweezer Bottoms
Tweezer Bottoms pula ia serupa bentuknya dengan Tweezer Tops tapi kewujudannya berada di bahagian bawah. Jom kita lihat ilustrasi Tweezer Bottoms di bawah.
Jom kita lihat Tweezer Bottoms di chart di bawah.
Tweezer Tops dan Tweezer Bottoms agak susah dijumpa di time frame yang besar. Kebiasaannya ia akan muncul di time frame M30 dan kebawah. Saya jarang trade menggunakan CRS jenis ni. Biasanya saya guna engulfing dan cara baca candlestick teknik.
Tagged in :
2 responses to “Candlestick Reversal Signal (CRS) – Ilham Trader Network”
[…] Network., itradernet, KayaDenganForex, Percuma! Panduan Asas Forex, RahsiaProfitForex Previous Next Rizal Ahmad Bermula trade semenjak 2011. Pelbagai teknik yang akan saya kongsikan di sini. […]
[…] Ilham Trader Network, itradernet, KayaDenganForex, PeluangForexAnda, RahsiaProfitForex Previous Rizal Ahmad Bermula trade semenjak 2011. Pelbagai teknik yang akan saya kongsikan di […]